Search This Blog

Thursday, October 1, 2009

positive

masih belum terlambat mengucapkan selamat hari raya buat semua..semoga sihat selalu, sudah lama aku(rasa kasar plak) tak post dlm blog ini, ketandusan idea+kesibukan sambil terlupa password buat telat untuk update.

hari raya tempoh hari seronok juga dgn keluarga baru...pergi beraya sampai tertido di rumah nenek hasrell...aku selalu pikirkan sejak kahwin, kurang bergosip dgn mama...teringat zaman2 sebelum kahwin, selalu temankan dia ke mall, ke pasar..kdg2 pow dia..tp sejak kahwin kdg2 weekend pun tak sempat blik sana..mmm "what a price to pay"..

sbb tu lah org kata, seorang ibu boleh jaga sepuluh anak, tp belum tentu sepuluh anak boleh menjaga seorang ibu" saya sedih juga teringatkan benda2 mcm itu, sejak akhir2 ini surat khabar+televisyen sering tulis tentang ibu+ayah2 yg duduk merata2 kerna ditinggalkan anak2 nya..apakah aku akan lakukan itu?nauzubillah..klu untuk mama saya tak akan buat begitu....

tempoh hari, maklong berpesan kita tak boleh hukum org, hanya Allah boleh memberikan hukuman...mmm tp org itu tidak pernah berubah...??

kdg2 biler tertinggal perkara yg lazim aku lakukan, aku rasa sgt sedih, seolah2 Allah sgt jauh dgn aku, semalam Dia murka dgn kelalaian ku, Dia bagi peringatan sehingga kereta saya naik devider, amaran"pandulah berhati2"(jgn asyik nak langgar side mirror kreta org....)hahahaha

esok convo eli, wah mama pasti bagga dgn pencapaian nya, sejak amik degree resultnya semakin bagus, adikku ini business minded sgt, buku tuh selalu dlm kreta ajer, tak pernah bawa naik rumah(dlm kata lain tak pernah study)heheheh

aper lg peristiwa yg menarik ek?
owh kejayaan aku+hasrell memandu dr KB=KL mengambil masa 6 jam sahaja...aku juga bangga selalunya 8 jam untuk tiba, tp tempoh hari kami memandu biasa sahaja, tp cepat pula sampai..hehehe

keadaan yg kdg2 buat aku rasa tertekan adalah, pengajian ku...mmm untuk belajar lg tak sanggup, tp aku rasa itulah yg kena buat, suamiku sering bg kata2 semangat untuk aku sambung...wah tapi,tertekan bila bahu memikul tggjawab, seperti sekarang...mama selalu pesan lakukan ia kerana Allah.tp kdg2 aku nie selalu merungut..geram...kena ubah sentiasa biar positive....

1 comment: